Translate

Selasa, 24 Ogos 2010

Maggi Goreng Berlada.....

Hari ni saja upload masakan semalam sebenarnya tapi saja upload hrni sbb smlm sempat ikan msk kicap jek, maggi goreng ni kegemaran adik beradik kalau dtg, bkn anak2 jek, ayah dia pun suka ngan maggi goreng nih...fikir2 agak2 saya ni pandai msk maggi je kot heheheh.....xdela, selera masing2, kena cara sedapla dan menjadi kegemaran. x kena cara memang 'fail' nak hadap kan..
kalau masak maggi goreng ni pun jgn letak aksesori berdaun hijau mahupun berbuah hijau ke merah ke..memangla Hariz tarik muka...alahai susahnya nak suruh makan sayur, booleh pulak cakap kalau kita mkn sayur, kita muntahla mak!nak percaya ke xnak tapi memang kena percaya sbb ada sekali paksa, sampai dia terkecik2 dibuatnya padahal, besar lg saiz ikan bilis, pada akhirnya saya rasa tak perlula paksa anak cuma berdoa semoga tidakla menjadi 'habit' musuh kepada sayuran hingga dia remaja kerana saya pun di usia belasan tahun baru mencintai sayur sayuran tapi di usia begini masih lagi memilih jenis sayuran, bak kata kalau sawi, jenis yang besar saya tak makan tapi kalau batangnya pendek dan berbunga kuning...yg tu tak tolak....mak pun memilih...camne nk marah anak kan..belum masa mereka...sabar...

Bahan-bahan

  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • secubit ikan bilis 
(Bahan2 ini ditumbuk atau dimesin)
  • 100 gm udang
  • 100 gm mix vege (x letak sbb Hadi n Hariz request 4 that..coz' fasting ikutkan jela....:) )
  • 5 keping maggi kering cap EKA (x perlu rebus)
  • 200 ml air 
  • 2 sb cili boh
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis
  • 2 sb sos tomato (ikut suka pun takpe)
  • 2 biji telur 
Cara
1 tumiskan bahan tumbuk/kisar, agak garing masukkan cili boh dan biarkan hingga naik bau.
2. masukkan kicap manis, sos tiram, sos tomato dan kacau hingga sebati
3. masukkan udang dan biarkan seketika
4. masukkan air dan biarkan mendidih, setelah mendidih barulah masukkan mee kering tadi dan gaul hingga kering..hampir kering pecahkan telur dan gaul rata...

hidangkan panas2 dan tabur sedikit daun bawang dan bawang goreng..permintaan anak minta digorengkan hotdog, maka dah nama pun untuk anak2 makan diikutkan sajelah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua bloggers....

Luv My family....year2010

Luv My family....year2010

Bila anak dah boleh baca english....:)

Anak2 merangkap anak muridku semasa menyertai aktiviti...

Hadi menari.....masa ni umur 5thn

Selamat Berpuasa.... :)

Dua Buah Hati saya....

Dua Buah Hati saya....

Nice Songs


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com