Translate

Ahad, 19 September 2010

Lemang Bungkus....

Sebenarnya en3 ni patut masuk sehari sblm raya, sama kes dgn roti kirai I tula tp kan disebabkan kesibukan yg termat MELAMPAU! heheh..bombastic word..ni pun  bnyk story tertunggak..apa lagi semua bab raya la kan tp en3 ni kena masuk jugak..sbb nila kenangan dgn arwah mak mertua..diala yg cipta lemang bungkus ni, suami pulak memang rajin bab bungkus2 nih.....so, ni kira husband n wife punya hidanganla kan..sbb memang kteorg berdua je yg buat nih...

Cantik hubby i bungkus kan...heheh
Bagi yang ingin kelainan dan ingin mencuba resepi turun temurun keluarga suami saya ni bolehla cuba yek...rasanya lebih kurang sama dgn lemang bezanya tak dibakar dan dimampatkan ke dalam buluh...itu aje..tapi kerana mengejar waktu berbuka maka saya terlupa amek gambar isi dalamnya...apa pun..komen yang makan pada hari itu termasuk mak saya..sedap! layan la dgn kari daging, sambal udang dan rendang tok salam en3 sebelum ni....

Bahan-bahannya

sekilo beras pulut
1 biji kelapa (seeloknya jangan pakai yg kotak tau)
garam (ikut sesedap rasa, byk masinla yg oi)
daun pisang (jemur atau lalukan atas api dulu tau)
Tali rafia

Cara Membuat

Pulut direndam sekurang2nya 6 jam..jgn sehari semalam..sbb biasa kita nk rebus ni tak elok lama sangt nanti jd lembik...itula yg disampaikan pada saya, kalau tidak..em..boleh je mana2

didihkan santan tadi, dah mendidik masukkan beras pulut dan garam, masak dalam 4-6 minit...yg penting setengah masak (payah sgt..agak2 santan dah menyerap dlm beras pulut kira dahla tuh )

selesai, angkat dan mulakan aktiviti bungkus membungkus, kalau boleh bungkus jgn ada terkoyak tau dan ikat dia secara bersambung antara 1 sama lain...

dah siap mcm dlm gambar kat atas tu bolehla direbus lebih kurang 2 jam....sbb tu jgn rendam lama sngt..sbb kita nk rebus dia lama..kalau lama sangat ditakuti terlembik pulak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua bloggers....

Luv My family....year2010

Luv My family....year2010

Bila anak dah boleh baca english....:)

Anak2 merangkap anak muridku semasa menyertai aktiviti...

Hadi menari.....masa ni umur 5thn

Selamat Berpuasa.... :)

Dua Buah Hati saya....

Dua Buah Hati saya....

Nice Songs


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com