Translate

Selasa, 14 September 2010

Roti Jala

Salam eid mubarak.....rasanya x la lama sgt nk buat entri baru ni tp kan tinggal 3,4 hr pun rasa lamala jugak sebab dah biasa menghabiskan 2, 3 jam depan lappy i yg comel ni...tak percaya cr BenQ intel Atom warna putih..kan comel kan..kan....
entri kali ni, dah simpan sebelum raya dan banyak lagi nak cerita nih tp kita buat satu persatu yek... Roti Jala ni, saya buat masa di kg Muo..org muo la panggil gitu,ejaan betulnya MUAR yek...almaklum, yg kakak sulung beraya di Kelantan, yg ke-2 tengah sarat, yg ke-3 sayala..jadi, sayala yang amik bahagian masak memasak nih..ni ptg sehari sebelum raya, tengok2 semua dah ada kecuali kakak dan adik lelaki, jd saya terlebih rajinla nak buat roti jala ni...ada org panggil jala emas, roti kitai...yg penting semua maksud tersebut tetap rupanya macm di atas tuh...resepi roti saya ni lain sikit...tak pakai telur...bolehla nak cuba bila rasa dah tak tau nak msk apa tp nk msk yg cepat dan biasa2 jek....

Resepi

1 kg tepung 
2 senduk tepung kastard
3 senduk susu tepung nespray (jenama lain pon bole)
2 titis pewarna kuning telur

Bahan Menjala

Daun pandan
Buttercup


cara membuatnya:

Tepung gandum, susu tepung, tepung kastard digaul dan dititis pewarna kuning telur. setelah sebati dimasukkan ke dalam blender dan diblender berselang seli air....agak2 dah cair, panaskan kuali....seret daun pandan menggunakan buttercup ke dalam kuali dan mulala operasi mengirai...menjala..dan sewaktu dengannya... :)




saya membancuh..adik yg nila mengirainya..dlm byk2 dia paling rajin mengirai roti jala...tu yg kakak rajin nk buat
Cik Yan dengan Hariz....


Rendang Tok versi Johor...


Kontroversi betul masa i buat rendang tok ni...ngan cik abang pulak tu...dia dok complaint kenapa rendang ni tak hitam...mcm ni pon x ckup itam beb....katanya rendang tok hitam..last2 sy kata ni rendang tok versi Johor dan rasanya...mmmmm....semua kata sedap dan saya pun akuinya sedap jugak sy masak hehehhe...sebenarnya resepi ni sy amik di rumah k.liza tq kak di atas resepi yang mendapat pujian ramai ni..bangga kejap..
rendang ni sy buat selepas mengadun roti jala, sambil tu msk pulak kari daging....tp kari daging biasa2 je semua dah tahu buat kan?kan? alhamdullilah...semua licin, tinggal sket2 jek sbb malu nk abiskan...


    X cukup hitam ker? tp rasa...emmm...cuma..sy buat kering atas permintaan semua, boleh je nk berkuah dan basah2 sket...




Resepi
(copy k.lieza)

Bahan 

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam
Bahan mesin 
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas


Cara: 
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.

persembahan x berapa menarik sbb x cukup daun kunyit.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua bloggers....

Luv My family....year2010

Luv My family....year2010

Bila anak dah boleh baca english....:)

Anak2 merangkap anak muridku semasa menyertai aktiviti...

Hadi menari.....masa ni umur 5thn

Selamat Berpuasa.... :)

Dua Buah Hati saya....

Dua Buah Hati saya....

Nice Songs


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com